Pembudayaan Tabiat Suka Membaca


Tahap Pertama

Tahap ini dinamakan Jauhari.Pada tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS)sepanjang tahun.Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Pada kebiasaannya, murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu. Dengan pengiraan tersebut, kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti berikut:

a.    Sistem Ganjaran Jauhari
Berdasarkan kadar bacaan tersebut, setelah tamat persekolahan menengah, murid diberi ganjaran atau pengiktirafan sejajar dengan tahap pencapaian mereka. Pengiktirafan ini diterapkan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah. Pengkitirafan ini boleh digunakan sebagai kriteria pemilihan ke sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres atau temuduga untuk penajaan. Cadangan pengiktirafan adalah seperti berikut dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah lima tahun bersekolah:

b.    Jumlah Bacaan/Buku Pengiktirafan
·         72 – 143 Gangsa
·         144 – 215 Perak
·         216 – 287 Emas
·         288 – ke atas NILAM

ii.             Tahap Kedua

Ciri-ciri tahap kedua Nilam mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca.Tahap ini dinamakan kepimpinan dalam aktiviti membaca.Tahap ini dilakukan sekiranya tahap Rakan Pembaca (RP).Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki Tahap RP.Walau bagaimanapun, aktiviti Tahap Jauhari masih diteruskan.

Proses di Tahap RP ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka.Dicadangkan 10 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluang untuk turut bersama berada di tempat aktiviti ataupun melawat ke rumah-rumah dan membuat pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara tidak formal. Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari PSS untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.

Pengiraan markah bagi aktiviti ini agak rumit kerana tahap ini melibatkan pelbagai aktiviti yang dijalankan, antaranya:

1.    Bercerita
2.    Membaca bersama
3.    Bicara buku
4.    Meminjam buku

Cadangan markah bagi aktiviti tersebut di atas adalah seperti berikut:

·         Bercerita 1 sesi x jumlah pendengar
·         Membaca bersama 1 sesi x jumlah pembaca
·         Bicara buku 1 sesi x jumlah pendengar
·         Meminjam buku 1 buku x jumlah peminjam
·         Contoh kiraan markah:
·         Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
·         Membaca bersama 1 sesi x 5 pembaca = 5 markah
·         Bicara buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
·         Meminjam buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah

Nota: Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.

a.    Sistem Ganjaran RP
Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:
Muka Surat 141
b.    Markah Pengiktirafan

·         100 -199 Gangsa
·         200 – 299 Perak
·         300 - 399 Emas
·         400 ke atas NILAM

Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan dipiawaikan melalui Nilam, masyarakat akan dimaklum tentang klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi satu aset dan pemangkin budaya suka membaca sepanjang hayat.

PSS Al-Bairuni



PSS Al-Bairuni dirasmikan pada tahun 2004 oleh Yang Berusaha Pengarah Pelajaran Negeri Kedah. PSS ini merupakan nadi ilmu bagi semua guru dan murid SKSAT.
Pada tahun 2004 juga PSS ini dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang kategori Sekolah Rendah Bandar.

Al-Bairuni

Pusat Sumber SK Sultan Ahmad Tajuddin dinamakan sempena nama Ilmuan Islam Al-Bairuni. Siapakah Al-Bairuni? Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan biodata ilmuan Islam yang hebat ini.




AL-Bairuni



Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. 



Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni.Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. 



Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan.Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang pendidikannya, namun beberapa sumber menyebutkan bahawa ilmuwan ulung ini memperoleh pendidikan daripada beberapa ulama kenamaan pada zamannya, antara lain Syeikh Abdus Shamad. Dalam bidang kedoktoran, ia belajar dengan Syeikh Abul Wafa' Al-Buzayani, serta kepada Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi dalam bidang matematik dan astronomi. Tidak hairan apabila ulama menulis ini terkenal sebagai seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda.